Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David hari ini berkongsi rasa bangga dan gembira, apabila berjaya menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus “Power and Influence for Positive Impact.”
Lelaki didakwa di Sydney berhubung kezaliman terhadap kanggaru

SYDNEY, 27 Nov: Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang didakwa kerana sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru serta mencacatkan badan seekor daripadanya, akan hadir di mahkamah Sydney pada Rabu, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Sarawak rintis bekalan air bersih di luar bandar melalui SEAPAW

KUCHING, 27 Nov: Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dengan pelaksanaan projek perintis akses air bersih di kawasan luar bandar melalui Projek Perintis Southeast Asia Partnership For Adaptation Through Water (SEAPAW).
Sarawak tetap laksana Penilaian Standard Program Dwi Bahasa untuk murid Tahun Enam

KUCHING, 27 Nov: Sarawak tetap melaksanakan Penilaian Standard Program Dwi Bahasa (DLP) membabitkan murid Tahun Enam mulai 2025, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembagunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.
Abd Hamid arbiter pertama dari Malaysia pada Kejohanan Catur Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Meskipun tidak berpeluang mengharumkan nama negara sebagai seorang pemain catur, Abd Hamid Abd Majid masih boleh berbangga selepas menukar kerjaya kepada arbiter antarabangsa.
Piala Tun Ali 2024 jadi medan pilih empat lagi pemain – PSM

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024 bulan hadapan menjadi medan buat Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain bagi diserap ke dalam skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Mangsa banjir dipindahkan bomba selamat lahirkan anak di hospital

KAPIT, 27 Nov: Seorang wanita selamat melahirkan anak perempuan keenamnya di hospital selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Engkeng, Sungai Amang di sini, dilanda bencana banjir awal pagi tadi.
Nanta zahir simpati terhadap mangsa banjir di Kapit

KUCHING, 27 Nov: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok Amang Ulu di Jalan Selirik Kapit yang terkesan teruk akibat dilanda banjir pagi ini.
Sharifah Hasidah, Dr Abdul Rahman dahului 96 penerima Pingat Peringatan Jubli Intan

KUCHING, 27 November: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mendahului senarai seramai 96 individu menerima Pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.
Perjanjian gencatan senjata antara Israel-Hizbullah berkuat kuasa hari ini

BAITULMAQDIS, 27 Nov: Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa pada Rabu, 4 pagi waktu tempatan.