HiTS bantu perkembangan kongnitif murid, kurangkan berat badan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) di 277 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara, menunjukkan hasil positif menerusi pengurangan berat badan dan perkembangan kognitif murid terlibat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata HiTS merupakan satu daripada tiga inisiatif Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (BBM) dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030.

Kenya rancang tubuhkan pasaran karbon

NAIROBI, 26 Nov: Kenya merancang untuk menubuhkan pasaran karbon, membenarkan entiti awam dan swasta memperdagangkan unit pengurangan pelepasan karbon, mengimbangi dan mendapatkan mitigasi bahan pencemar itu, kata seorang pegawai industri pada Isnin, lapor Xinhua.