Seorang maut, pesawat kargo terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius

RIGA, 25 Nov: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL dari Leipzig terhempas di sebuah bangunan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Vilnius, menurut Agensi Berita BNS.
Pembangunan CCGT Miri bermula 30 November ini – Abang Johari

KUCHING, 25 Nov: Pembangunan Loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) Miri merupakan langkah besar dalam mencapai matlamat untuk menyediakan sumber tenaga yang lebih mapan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Perlu pinda akta sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Kerajaan perlu melakukan pindaan terhadap beberapa akta sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong (Multi Lane Fast Flow – MLFF) dapat dilaksanakan untuk mengelakkan peningkatan dalam jumlah pengguna lebuh raya yang enggan membayar tol.
Sarawak mengorak langkah sebagai pusat CCUS di Asia Pasifik

KUCHING, 25 Nov: Sarawak komited dalam usahanya mewujudkan empat tapak penyimpanan karbon menjelang tahun 2030, susulan pelantikan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengurus sumber Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).
Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga China bersenjatakan sebilah pisau, dua minggu lepas.
PuTERA35 perluas pembabitan GLC, GLIC dan swasta sokong pembangunan ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) membawa beberapa pembaharuan berbanding agenda pembangunan sebelumnya, termasuk memperluas penyertaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam usaha memperkukuh ekonomi Bumiputera.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025

PUTRAJAYA, 25 Nov: Jabatan Imigresen (JIM) akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025, iaitu satu daripada inisiatif mentransformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pendigitalan dan mempercepat urusan kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Suntingan video temu bual Anwar bersama CNN diserah kepada PDRM

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Suntingan video temu bual Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest dari CNN akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
ILP Serian mulakan pengambilan pertama 13 Januari tahun depan

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan memulakan pengambilan pertama seramai 60 pelajar pada 13 Januari 2025, kata Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab

KUANTAN, 25 Nov: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab.