Kerajaan Madani tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jonassen diumum ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan jurulatih berpengalaman dari Denmark Kenneth Jonassen, sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Trump pilih pengurus dana lindung nilai Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan

WASHINGTON, 23 Nov: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada Jumaat bahawa beliau mencalonkan pengurus dana lindung nilai Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan, lapor Xinhua.
Permainan lalu lintas dihidupkan semula

MIRI, 23 Nov: Selepas sembilan tahun dihentikan, permainan lalu lintas Sarawak dihidupkan semula di Miri hari ini.
Kastam Malaysia-Indonesia mulakan operasi Patkor Kastima 2024 di Selat Melaka

JAKARTA, 23 Nov: Jabatan Kastam Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Kastam Indonesia (DJBC) secara rasmi merasmikan Rondaan Terkoordinasi Operasi Maritim Kastam Indonesia-Malaysia (Patkor Kastima) ke-28.
Siasatan kes Faisal Halim masih diteruskan – KPN

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Siasatan kes kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim masih diteruskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif – KSN

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Kestabilan politik, dasar jelas dan komitmen perkhidmatan awam faktor kejayaan Kerajaan MADANI – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kejayaan Kerajaan MADANI memimpin negara sepanjang dua tahun ini adalah hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta komitmen perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ Datuk Jazmanie Shafawi berkata hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) kepada pengunjung yang ingin menukar topi keledar lama di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
PMT TD tinjau teknologi pertahanan termaju di ‘IDEAS 2024 Pakistan’

KARACHI, PAKISTAN, 23 Nov: Dalam inisiatif memperkasa transformasi Angkatan Masa Hadapan (AMH) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman bersama Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi serta delegasi ATM telah menghadiri Pameran Antarabangsa Pertahanan dan Seminar (IDEAS) 2024 di Karachi, Pakistan.