Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada US$118.0 bilion pada 15 November 2024

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$118.0 bilion (US$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Dua beranak didakwa menipu dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura.

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lepas.
Napie Spider meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Gitaris kumpulan Spider Hanafi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Napie meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 3.54 pagi tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.
11 maut dirempuh lori hilang kawalan di Jawa Tengah

JAKARTA, 22 Nov: Seramai 11 orang terkorban dalam kemalangan melibatkan lori merempuh 13 kenderan lain di kawasan Ngaliyan, Semarang, Jawa Tengah pada Khamis.
ASEAN muktamad perjanjian perkhidmatan udara dengan tiga negara Asia Timur

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam fasa memuktamadkan rundingan Perjanjian Perkhidmatan Udara dengan China, Jepun dan Korea Selatan.
12 warga asing gagal lintas sempadan

KUBANG PASU, 22 Nov: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk melepasi sempadan negara dari negara jiran dengan menahan mereka di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia di sini semalam.
Kepengerusian ASEAN: Syarikat penerbangan Asean peroleh hak persinggahan tahun depan

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Pengendali syarikat penerbangan dari negara Asean bakal memperoleh hak persinggahan di mana-mana negara anggota pada tahun depan.
Warga Myanmar mengaku salah korek mata lelaki guna tangan

BUTTERWORTH, 22 Nov: Seorang lelaki warga Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki pada Sabtu lalu.
Faktor geografi sukarkan bantu ahli KUWIN

MIRI, 22 Nov: Pengerusi Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Niah (KUWIN) Norela Omar mengakui pelbagai cabaran dihadapi dalam mengumpul dan menyelaraskan ahli kelab yang terdiri daripada usahawan wanita setempat.
AIM bantu kurangkan kemiskinan

MIRI, 22 Nov: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang ditubuhkan sejak 1987 kekal relevan bagi mengurangkan kadar kemiskinan terutama dalam kalangan wanita.