Kemalangan ragut nyawa pemandu van berlaku ketika mahu hantar pelajar balik ke rumah – Nixon

BINTULU, 19 Nov: Kemalangan yang meragut nyawa pemandu van di Batu 15 Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri di sini semalam, dipercayai berlaku semasa pemandu van yang membawa 14 penumpang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu dan SMK Bintulu, dalam perjalanan dari arah Bandar Bintulu menuju untuk menghantar pelajar sekolah balik ke rumah.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM6.38 juta

DENGKIL, 19 Nov: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada 12 Nov lepas.
Ibu dua anak antara penerima Diploma Kemahiran Malaysia RPEL

KOTA SAMARAHAN, 19 Nov: Ibu kepada dua cahaya mata yang juga Laskar Kanan TNL, Noorashikin Mohd Noor antara empat penerima Diploma Kemahiran Malaysia dalam program Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL) oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) hari ini.
PERHEBAT bantu veteran ATM cipta kerjaya kedua

KOTA SAMARAHAN, 19 Nov: Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) kini giat memperkukuh perkembangan kerjaya kedua golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penawaran program pensijilan dan diploma kemahiran.
Sukan Borneo: Tarikh, venue akan ditentukan selepas mesyuarat penyelarasan

KUCHING, 19 Nov: Temasya Sukan Borneo bakal dihidupkan semula tahun depan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pengakap harus menerima AI sebagai persediaan mendepani masa depan

KUCHING, 19 Nov: Setiap ahli Majlis Pengakap harus menerima pakai penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk bersedia mendepani masa depan selaras dengan visi Kerajaan Sarawak.
Dewan Rakyat: Penggantungan NAFAS tidak jejas urusan harian

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Penggantungan perkhidmatan terhadap Pertubuhan Perladangan Kebangsaan (NAFAS) tidak memberikan kesan terhadap urusan harian syarikat tersebut.
Acara tempatan diperkukuh sejajar capai sasaran 5 juta pelancong pada 2025

KUCHING, 19 Nov: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan komitmen kementeriannya untuk memperkukuh penganjuran pelbagai acara tempatan bagi menarik lebih ramai pelawat domestik dan antarabangsa pada tahun hadapan.
Bengkel Latihan Pengacara 2.0, asah bakat, kemahiran komunikasi profesional

KUCHING, 19 Nov: Angkatan Zaman Mansang (AZAM Sarawak) dengan kerjasama FINAS Borneo telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengacara 2.0 yang merupakan program latihan intensif selama tiga hari yang bermula pada 19 hingga 21 November 2024 ini.
Penganjuran SUKMA Sarawak 2024 berjaya, capai sifar doping

KUCHING, 19 Nov: SUKMA Sarawak 2024, yang diadakan dari 17 hingga 24 Ogos, menyaksikan Kontinjen Sarawak merangkul kejuaraan keempat sejak 1994 dengan 201 pingat.