Pandangan kumpulan hak media berkenaan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diberi perhatian

SHAH ALAM, 19 Nov: Kementerian Komunikasi berhasrat melibatkan diri dengan kumpulan hak media untuk memahami pandangan mereka mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kerajaan prihatin tangani isu kewarganegaraan di Sarawak

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak prihatin terhadap isu kewarganegaraan dan dokumen pengenalan diri, dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) untuk memberi keutamaan kepada verifikasi permohonan.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok

PUTRAJAYA, 19 Nov: Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sarawak sasar transformasi pertanian moden dengan pelaburan RM1 Bilion

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak merancang untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan pendapatan luar bandar dengan menumpukan pada produktiviti berteraskan teknologi.
Sektor perbankan perlu ambil peranan aktif sokong projek perubahan iklim

KUCHING, 19 Nov: Sektor perbankan di negara ini digesa untuk lebih aktif memperkenalkan pendekatan inovatif dalam mengatasi cabaran kewangan bagi projek berkaitan perubahan iklim.
JKMS salur RM7.3 juta bantuan bencana

KUCHING, 19 Nov: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurkan RM7.3 juta bantuan bencana kepada 153,981 mangsa dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Hujan lebat cetus banjir dijangka landa Indonesia hingga bulan depan

JAKARTA, 19 Nov: Kerajaan Indonesia mengeluarkan amaran kekerapan hujan tinggi hingga mencetuskan banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Indonesia pada hujung tahun ini.
1,000 doktor haiwan diperlukan di Sarawak menjelang 2030

KUCHING, 19 Nov: Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 doktor haiwan yang berkelayakan termasuk saintis haiwan dan paraveterinar menjelang tahun 2030.
Malayan Tigress berentap pusingan akhir di Stadium Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Liga Wanita Nasional 2024 mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat julung kalinya pusingan terakhir pertandingan itu bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 21 Dis ini.
Premier Sarawak diberi Anugerah Ketua Kelestarian

KUCHING, 19 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, diumumkan sebagai penerima Anugerah Ketua Kelestarian 2024 pada program Advancing an Inclusive & Sustainable Future: Spotlight On Sarawak, hari ini.