Sarawak giat perkasa ekopelancongan, sokong usaha pelihara alam sekitar

KUCHING, 12 Nov: Sarawak komited memperkasakan konsep pelancongan alam semula jadi atau dikenali sebagai ekopelancongan dalam memberi sokongan terhadap usaha memelihara dan mempromosikan keindahan alam di wilayah ini.
Dewan Rakyat: 20,000 OKU sertai PDK terima manfaat peruntukan RM137.4 juta

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM137.4 juta yang memanfaatkan hampir 20,000 orang kurang upaya (OKU) yang menyertai Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara.
Pemimpin Arab seru hentikan genosid di Gaza, serangan terhadap Lubnan

RIYADH, 12 Nov: Pemimpin dan para pegawai Arab pada Isnin menuntut supaya genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pencerobohan terhadap Lubnan dihentikan segera, lapor Agensi Anadolu.
DUN Sarawak: RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar dijamin telus, berintegriti

KUCHING, 12 Nov: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebentar tadi akan menekankan ketelusan dan integriti.
Laos ‘derita dalam senyap’: Periuk api, bom tinggalan perang ragut nyawa kanak-kanak tidak bersalah

PHNOM PENH, 12 Nov: Di kawasan pergunungan yang indah dengan muka bumi berceranggah di perkampungan terpencil Laos, kanak-kanak dan petani berdepan dengan tinggalan periuk api serta bahan letupan jenis ‘Unexploded Ordnance’ (UXO) yang mengancam nyawa mereka selama lebih 40 tahun.
DUN Sarawak lulus RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024

KUCHING, 12 Nov: Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini menandakan satu langkah penting dalam tadbir urus alam sekitar Sarawak.
DUN Sarawak: RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar tangani fenomena ‘logjam’ Sungai Katibas

KUCHING, 12 Nov: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar disifatkan sebagai langkah efektif dalam menangani fenomena ‘logjam’ atau longgokan ribuan sisa kayu balak yang hanyut di sepanjang di Sungai Katibas dan Sungai Rajang berhampiran Song Kapit.
NREB disaran kaji keperluan laksana kempen pengurusan sisa awam

KUCHING, 12 Nov: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) disaran meneroka keperluan melaksanakan kempen pengurusan sisa awam serta penyediaan peralatan yang diperlukan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjalankan pengurusan sisa yang betul dengan menggunakan ‘Environmental Fund’.
Perketat undang-undang alam sekitar, kekang aktiviti pembakaran terbuka

KUCHING, 12 Nov: Kegiatan pembakaran terbuka yang tidak terkawal dan tidak berlesen, terutamanya yang berlaku di kawasan perladangan kelapa sawit sering kali menjadi punca kepada peningkatan Indeks Pencemaran Udara (API) sehingga mengakibatkan jerebu tebal yang mengganggu aktiviti harian.
DUN Sarawak: RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar beri impak pengagihan kuasa kawal selia

KUCHING, 12 Nov: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 memberi impak signifikan terutamanya melibatkan pengagihan kuasa kawal selia dalam pengurusan alam sekitar dan sisa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).