KPWKM perkenal dua anugerah sempena sambutan BKK

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperkenalkan Anugerah Mesra Keluarga sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) tahun ini.
Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000

ADDIS ABABA, 9 Nov : Benua Afrika masih berdepan fasa kritikal dalam wabak mpox apabila jumlah kes yang dilaporkan tahun ini melebihi paras 50,000, menurut amaran yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Mohammad Hanis tamat tempoh sebagai CEO Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Bank Rakyat hari ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank tersebut, Dato’ Dr Mohammad Hanis Osman menamatkan tempoh perkhidmatannya bagi mengejar peluang baharu.
Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli ‘Goldenboy’ Hafidz

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza iaitu sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan atlet.
BAKASA perkasa pendidikan STEM dalam kalangan anak asnaf

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pertubuhan bukan keuntungan, Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) akan terus memperkasa pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan anak-anak asnaf di Pahang.
Keindahan ragam hias tenun Brunei

VIENTIANE, 9 Nov: Bertenun kain merupakan salah satu perusahaan tradisi yang diwarisi secara turun-temurun dan masih kekal diusahakan oleh masyarakat Melayu Brunei Darussalam.
Dua pemain import baharu perkuat Melaka FC hadapi saingan Piala Malaysia

MELAKA, 9 Nov: Melaka FC bakal menambah dua lagi pemain import baharu bagi memperkuat pasukan itu selepas layak beraksi pada saingan Piala Malaysia 2024/25.
Malaysia kecam serangan Israel, desak PBB ambil tindakan lindungi pasukan pengaman

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan yang segera, tegas, dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB yang melaksanakan mandat Majlis itu.
Festival OHMYDIN! Fun Run medium masyarakat membudayakan gaya hidup sihat

KUCHING, 9 Nov: Penganjuran Festival OHMYDIN! Fun Run berpotensi dijadikan sebagai medium masyarakat berkumpul bagi membudayakan gaya hidup sihat.
Mydin terus komited bantu komuniti

KUCHING, 9 Nov: Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) komited untuk terus membantu komuniti melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).