Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui, kata Putin

MOSCOW, 6 Nov: Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi BRICS, akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui, kata Presiden Vladimir Putin pada majlis penyampaian surat tauliah oleh duta asing di Kremlin pada Selasa.
Tenaga kerja berkemahiran pemangkin kemajuan ekonomi Sarawak

MIRI, 6 Nov: Tenaga kerja berkemahiran amat diperlukan bagi memangkin matlamat kerajaan Sarawak membangunkan ekonomi baharu sejajar dengan hasrat muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi.
Gunung Fuji diselimuti salji pertama musim ini, paling lewat pernah direkodkan

KOFU (Jepun), 6 Nov: Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa, menurut Agensi Berita Kyodo.
Bintang remaja Nur Mecca mahu wakil Malayan Tigress, raih kecemerlangan

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Walaupun mewakili skuad kebangsaan merupakan impian sejak kecil, bintang muda bola sepak wanita negara yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) Nur Mecca Rania Mohd Hazri tidak mahu detik itu direalisasikan secara terburu-buru.
Trump, Harris raih kemenangan awal tatkala lebih banyak pusat mengundi AS ditutup

WASHINGTON, 6 Nov: Calon Republikan Donald Trump dan pencabarnya dari Demokrat Kamala Harris, memperoleh beberapa kemenangan awal pada petang Selasa ketika lebih banyak pusat mengundi di seluruh Amerika Syarikat (AS) ditutup, lapor Agensi Anadolu.
Mesyuarat bincang penjawatan, sumber manusia Parlimen bakal diadakan

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mempengerusikan satu mesyuarat bagi membincangkan isu penjawatan serta sumber manusia perkhidmatan Parlimen pada tahun ini.
Petronas manfaatkan AI bagi keputusan pelabur dipacu data sektor E&P Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Petronas menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) bekerjasama dengan Earth Science Analytics (ESA) dan Amazon Web Services (AWS) untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) termaju untuk mempercepat usaha penerokaan di Lembangan Melayu dan meningkatkan keupayaan platform Petronas myPROdata.
Pemandu maut, van terjunam ke dalam gaung

PAPAR, 5 Nov: Pemandu maut manakala penumpang cedera selepas van dinaiki terjunam ke dalam gaung setinggi lebih enam meter di Batu 23, Jalan Kimanis – Keningau, di sini, pagi tadi.
KPN cadang jadikan bahasa kolokial silibus bagi pengajian kebahasaan di IPT

KUCHING, 6 Nov: Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan bahasa kolokial dan dialek atau loghat tempatan dijadikan sebagai silibus bagi pengajian kebahasaan di institusi pendidikan tinggi (IPT).
Parlimen: JAKIM tambah baik gerak kerja tangani isu ajaran sesat

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menambah baik gerak kerja bagi menangani isu ajaran sesat di negara ini.