Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur

SEOUL, 5 Nov: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa, menurut laporan agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.
Parlimen: Struktur semula CAAM, bagi serah peranan kepada Sarawak, Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dicadang agar distruktur semula dengan memberi peranan kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah berhubung menangani isu pengurangan penerbangan dan harga tiket tinggi.
1,073 graduan dirai pada hari kedua Konvokesyen UNIMAS ke-28

KOTA SAMARAHAN, 5 Nov: Seramai 1,073 graduan prasiswazah dirai pada hari kedua Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-28 hari ini, yang terbahagi kepada dua sidang.
Polis Selangor serbu pusat hiburan tidak berlesen, 45 warga asing ditahan

SHAH ALAM, 5 Nov: Seramai 45 warga asing dan tiga rakyat tempatan ditahan polis menerusi serbuan di pusat hiburan tidak berlesen yang beroperasi di rumah kedai di Selangor baru-baru ini.
Usaha pencarian MH370, penentuan takrif T15 dan langkah atasi ombak di pantai Sarawak jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Usaha pencarian MH370, penentuan takrif golongan T15, serta langkah menangani masalah ombak laut yang menyebabkan hakisan pantai hingga merosakkan ban pertanian tepi pantai di sepanjang garisan pantai Sarawak dan langkah kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Remaja warganegara China rentung dalam kebakaran rumah di Miri

MIRI, 5 Nov: Seorang remaja perempuan rentung dalam kebakaran dua rumah di Jalan Grand Park di sini, awal pagi ini.
Ribut Tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Usaha diselaras, perkongsian ilmu negara anggota OIC penting dalam transformasi digital

ISTANBUL, 5 Nov: Malaysia percaya usaha diselaraskan dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah penting untuk memacu gelombang transformasi digital yang akan datang, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Trump seimbangi Harris dalam tinjauan terkini menjelang pilihan raya

MOSCOW, 5 Nov: Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan calon Demokrat, Kamala Harris, sedang bersaing sengit menjelang pilihan raya presiden, menurut tinjauan terkini Leger yang dikeluarkan oleh New York Post pada Isnin, lapor RIA Novosti/Sputnik.
Empat orang cedera diserang dengan kapak dalam kereta api Perancis

PARIS, 5 Nov: Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris, menurut polis pada Isnin, seperti dilaporkan oleh agensi berita Jerman (dpa).