Iraq kurangkan eksport minyak kepada 3.3 juta tong sehari

BAGHDAD, 2 Nov: Kementerian Minyak Iraq pada Jumaat mengumumkan bahawa negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya kepada 3.3 juta tong sehari, selaras dengan komitmen terhadap perjanjian OPEC+ mengenai pengurangan pengeluaran, lapor Xinhua.