KPM siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

KUANTAN, 1 Nov: Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan dan telah bersiap siaga melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.

Masjid Al-Haj mercu tanda Kampung Jerijeh

TANJUNG MANIS, 1 Nov: Sebanyak RM5.37 juta diperuntukkan di bawah dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menjayakan pembinaan Masjid Al-Haj Kampung Jerijeh.

35 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua

BUKIT MERTAJAM, 1 Nov: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman ke atas 35 bas ekspres dan persiaran selepas didapati tidak mempunyai pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh menerusi operasi di Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua dekat sini semalam.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September – IATA

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas, iaitu paras tertinggi sepanjang masa, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Taufan Kong-rey: Dua maut, lebih 500 cedera di Taiwan

TAIPEI, 1 Nov: Taufan Kong-rey yang melanda Taiwan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kematian manakala lebih 500 cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC) pada Jumaat.