UNICEF perkasa ‘Bandar Mesra Kanak-Kanak’, utamakan perlindungan sosial

KUCHING , 22 Okt: Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sedang mengorak langkah dalam memperkasakan ‘Bandar Mesra Kanak-Kanak’ (CFCI) di wilayah ini termasuk di luar bandar.
ASA2024: Dana Kandungan Kreatif menanti pemenang Drama TV, Dokumentari TV Terbaik

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Pemenang dua kategori Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) iaitu Drama TV Terbaik dan Dokumentari TV Terbaik, akan menerima hadiah tambahan berupa insentif Dana Kandungan Kreatif selain trofi dan wang tunai.
Pesta Tasik Biru 2024 rancakkan aktiviti ekonomi, perkasa budaya tempatan

BAU, 22 Okt: Pesta Tasik Biru 2024 adalah wadah terbaik untuk meningkatkan ekonomi warga selain memperkasa budaya tempatan di pekan ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep.
Henry Sum salur peruntukan kepada PIBG SMK Lawas yang terlibat dalam kebakaran

LAWAS, 22 Okt: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong menyantuni Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Lawas yang terlibat kebakaran melalui penyaluran peruntukan tambahan bagi meringankan beban mereka yang ditimpa kesusahan.
Penggunaan jaket keselamatan perlu dalam aktiviti berkaitan sukan air

BAU, 22 Okt: Susulan insiden perahu karam yang mengorbankan lima pengkayuh semasa latihan persiapan Regata Sarawak pada 18 Oktober lalu, Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOT) menyarankan penggunaan jaket keselamatan untuk digunakan bagi aktiviti di sungai dan laut.
Kes penagihan dadah libatkan golongan belia meningkat

MIRI, 22 Okt: Kes penagihan dadah di Sarawak meningkat dengan ketara daripada 2,433 kes bagi tempoh Januari hingga Mei 2023 kepada 3,422 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024 berdasarkan laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.
MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan jualan eksport daripada MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion.
Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

WASHINGTON, 22 Okt: Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington pada Isnin, lapor United Press International (UPI).
Wilayah Sarawak ungguli kutipan pingat Sukan AIM 2024

KUCHING, 22 Okt: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sarawak melakar kejayaan dengan mengungguli kutipan pingat pada Temasya Sukan Amanah Ikhtiar Malaysia 2024 (SUKAIM24).
Kerajaan rangka satu pelan pulihkan tanah terbiar dan usang getah di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kerajaan kini sedang merangka suatu pelan bagi menyatukan tanah dan memulihkan tanah terbiar dan usang getah di kawasan 420,000 hektar yang telah dikesan di seluruh negara.