Mpox: Angka kematian melebihi 1,000, kes merebak ke 18 negara Afrika

KIGALI (Rwanda), 18 Okt: Afrika mencatatkan 50 kematian baharu akibat mpox pada minggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kematian sejak awal tahun ini, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.