Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas

CHUKAI, 17 Okt: Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan Ahad lepas diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi berbanding 30 batu nautika persegi pada petang semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong pembelian sederhana semasa harga murah

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pembelian sederhana semasa harga murah muncul dalam kebanyakan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh saham produk dan perkhidmatan pengguna serta perindustrian, kata penganalisis.

Korea Selatan ingin perkukuh kerjasama tadbir urus AI dengan Malaysia, ASEAN

SEOUL, 17 Okt: Korea Selatan menyuarakan hasrat untuk memperkukuh hubungan dengan Malaysia dan negara anggota ASEAN dalam isu berkaitan kecerdasan buatan (AI), dengan penekanan khusus pada perlindungan harta intelek (IP), keselamatan siber, maklumat palsu dan kerjasama rentas sempadan.

JIM tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut

PUTRAJAYA, 17 Okt: Jabatan Imigresen (JIM) menunggu laporan penuh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB), Perak pada 1 Feb lepas bagi melaksanakan tindakan lanjut.

Bangunkan SEZ di pintu masuk utama Sarawak

KOTA KINABALU, Okt 17: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mencadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) di pintu masuk utama Sarawak khususnya di sempadan Tebedu-Entikong.