Satu pertiga kerusi Parlimen: Peguam Negara akan berbincang dengan Peguam Besar Sarawak dan Peguam Besar Sabah

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Sabah dan Jabatan Peguam Besar Sarawak bagi meneliti semula tuntutan berhubung pertambahan satu pertiga Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak berdasarkan sudut perundangan.

Vicente: New Zealand antara lawan paling sukar

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Pau Marti Vicente tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya setelah Malaysia tumpas 0-4 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Stadium North Harbour semalam.

Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa Pengerusian ASEAN – Gobind

SINGAPURA, 15 Okt: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber, terutama apabila ancaman ini semakin bersifat rentas sempadan.