Bapa kandung ditahan dera anak 7 tahun

TAWAU, 15 Okt: Polis menahan seorang bapa susulan kes penderaan membabitkan anaknya berusia tujuh tahun sehingga mendatangkan kecederaan di seluruh tubuh mangsa.
Avery, Sarafina harumkan Sarawak di Global Supermodel Search 2024

KUCHING, 14 Okt: Sarawak sekali lagi melakar sejarah di pentas antarabangsa dengan aksi dua bintang muda, Avery Jong Xin En dan Sarafina Arisya anak Jihel, berjaya memenangi anugerah berprestij di Global Supermodel Search 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MYDIN sokong usahawan IKS, lancar Kempen Beli Barangan Malaysia

SELANGOR, 15 Okt: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), rangkaian peruncit halal terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran kempen “Beli Barangan Malaysia” sebagai langkah untuk menyokong usahawan tempatan, selaras dengan aspirasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
Kajian Data Perbukuan Negara perkasa industri perbukuan negara

PUTRAJAYA, 15 Okt: Industri perbukuan Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang signifikan dengan berperanan memacu kemajuan intelektual, pendidikan, perniagaan dan budaya negara pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Masih ada pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh Taman Melawati

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Hasil penilaian oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) petang tadi mendapati pergerakan tanah masih berlaku di tempat kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati di sini.
AirAsia berhasrat jadikan KLIA hab mega penerbangan terkemuka dunia

SEPANG, 15 Okt: AirAsia menegaskan komitmennya untuk memacu kesalinghubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global sebagaimana Dubai diiktiraf untuk perjalanan dan perdagangan udara antarabangsa.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
74 rumah ibadat terima geran berjumlah RM20.66 juta

KUCHING, 15 Okt: Sebanyak 74 rumah ibadat di Sarawak menerima geran keseluruhan berjumlah RM20.66 juta dalam fasa ketiga Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain hari ini.
Lebih 700 penguat kuasa sertai Operasi Mega Bersepadu Akta 852 di Sabah

KOTA KINABALU, 15 Okt: Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna mengetuai seramai lebih 700 anggota dan pegawai pelbagai agensi penguatkuasaan melaksanakan Operasi Mega Bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sekitar bandar raya ini, hari ini.
Lelaki rugi RM63,680 terpedaya pelaburan Bitcoin

SIBU, 15 Okt: Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian RM63,680 selepas terpedaya dengan skim pelaburan Bitcoin palsu yang diiklankan di Facebook di sini.