Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri majlis jamuan negeri

KUCHING, 12 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Negeri Sempena Sambutan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) malam ini.

KKM tingkat bilangan pelatih jururawat penuhi keperluan industri

KOTA KINABALU, 12 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan inisiatif meningkatkan bilangan pengambilan jururawat pelatih daripada 1,000 kepada 2,000 orang bermula tahun ini sebagai usaha memastikan jururawat berdaftar memenuhi keperluan industri.

SBA rancang lebar sayap ke Sarawak

KOTA KINABALU, Okt 12: Persatuan Pemerhati Burung Sabah (SBA) merancang memperluaskan jalinan kerjasama dengan Sarawak bagi menggalakkan penubuhan persatuan pemerhati burung di wilayah tersebut.

Banjir: Mat Sabu jamin bekalan beras negara mencukupi

PONTIAN, 12 Okt: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bahawa bekalan beras di pasaran tempatan adalah mencukupi meskipun banjir melanda Kedah serta Perlis sehingga menjejaskan kira-kira 6,000 hektar kawasan pengeluaran padi negara.

Nicaragua putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

MANAGUA, 12 Okt: Nicaragua pada Jumaat mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap apa yang disebut oleh kerajaan Nicaragua sebagai “genosid kejam” yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Xinhua.