PM Thailand seru ASEAN supaya sebulat suara tangani krisis Myanmar

VIENTIANE, 9 Okt: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menyeru ASEAN supaya sebulat suara dalam menyampaikan mesej kepada semua pihak di Myanmar, mendesak mereka untuk meninggalkan penyelesaian ketenteraan dan terlibat dalam dialog bermakna bagi menangani krisis yang semakin meruncing.

Indonesia tubuh dua Zon Ekonomi Khas baharu untuk tingkatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan

JAKARTA, 9 Okt: Presiden Indonesia, Joko Widodo yang akan tamat tempoh penggal jawatannya, telah menubuhkan dua Zon Ekonomi Khas (SEZ) baharu di Banten dan Batam bagi memperkukuh sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan negara.

Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku

KANGAR, 9 Okt: Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar, apabila dijangkakan berlaku fenomena air pasang besar mencecah paras 3.7 meter pada 16 dan 17 Okt.

Ringgit mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS, antara mata wang berprestasi terbaik di peringkat global

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

BNN sita RM17.5 juta aset sindiket dadah

JAKARTA, 9 Okt: Badan Narkotik Indonesia (BNN) membongkar kes pengubahan wang haram membabitkan sindiket dadah dan menyita aset bernilai IDR 64 bilion atau RM 17.5 juta.