Abang Johari kecewa SPP tidak khusus kepada calon Sarawak

KUCHING, 8 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan kekecewaan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang disifatkan tidak menepati janji untuk membuka permohonan Pengambilan Khas Guru di Sarawak khusus hanya kepada rakyat Sarawak sahaja.