Lelaki maut, motosikal terbabas di bulatan

KUCHING, 6 Okt: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas di bulatan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Datu Bandar Haji Muhammad Kasim di sini, awal pagi tadi.
Tiada kawasan di Sarawak tertinggal dalam arus pembangunan

LIMBANG, 6 Okt: Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan tiada kawasan di wilayah ini tertinggal dalam arus pembangunan, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.
Nur Adriana Sofea terima insentif RM7,000 daripada Persatuan Lumba Basikal NS

SEREMBAN, 6 Okt: Atlet berbasikal BMX Negeri Sembilan Nur Adriana Sofea Abdul Hakim, yang memenangi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menerima insentif RM7,000 daripada Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler

WASHINGTON, 6 Okt: Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler, Pennsylvania lokasi cubaan membunuhnya pada pertengahan Julai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lebih RM260 juta untuk Projek Tebatan Banjir Sibu – TPM Fadillah

SIBU, 6 Okt: Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Penerbangan kedua bawa pulang warga Belanda dari Lubnan mendarat di Eindhoven

THE HAGUE, 6 Okt: Penerbangan kedua membawa pulang warga Belanda dari Lubnan mendarat di sebuah lapangan terbang di bandar Eindhoven sebelum 9 malam waktu tempatan (1900 GMT) pada Sabtu, lapor Xinhua.
Muhaizar kembali di puncak, rangkul gelaran keenam KLSCM

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA Muhaizar Mohamad kembali di puncak, selepas menjuarai kategori maraton penuh terbuka lelaki buat kali keenam pada Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2024 di sini hari ini.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia

KUCHING, 6 Okt: Ibu mentua kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Puan Sri Elizabeth Pawa, 76, meninggal dunia di kediamannya di sini pada 9.55 pagi hari ini.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan

KAHERAH, 6 Okt: Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Sudan terima 1.4 juta dos vaksin kolera ketika kes melebihi 20,000

KHARTOUM, 6 Okt: Sudan telah menerima 1.4 juta dos vaksin kolera daripada organisasi antarabangsa ketika negara itu berdepan wabak yang telah menjangkiti lebih 20,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Sudan pada Sabtu, lapor Xinhua.