KKM kenal pasti kaedah terbaik dapatkan kontraktor kompeten

LIMBANG, 4 Okt: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti kaedah terbaik untuk mendapatkan kontraktor kompeten bagi membina klinik daif di seluruh negara termasuk Klinik Kesihatan Long Napir yang dikategorikan sebagai projek sakit.
Loji panel solar Kendal Indonesia mula operasi akhir 2024

JAKARTA, 4 Okt: Pembinaan loji panel solar di Kendal, Jawa Tengah, telah mencapai 90 peratus siap dan operasi dijangka bermula pada akhir 2024 dengan kapasiti pengeluaran fasa pertama sebanyak satu gigawatt puncak, lapor Xinhua.
Mangsa banjir harungi arus deras berpindah

SUNGAI BULOH, 4 Okt: Arus deras banjir yang menjejaskan ratusan rumah di Kampung Kubu Gajah di sini menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tengah malam tadi.
EU bakal undi cadangan penambahan tarif terhadap kereta elektrik China

BRUSSELS, 4 Okt: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dijangka akan mengundi pada Jumaat mengenai cadangan penambahan tarif tambahan terhadap kenderaan elektrik berkuasa bateri yang diimport dari China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Eksesais Haringgaroo: Penduduk diminta tidak berburu di kawasan latihan

SIBU, 4 Okt: Briged Kesembilan Infantri Malaysia akan melaksanakan Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) mulai 17 hingga 31 Oktober 2024.
Petra: Program NRW kebangsaan bermula tahun hadapan

PUTRAJAYA, 4 Okt: Cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan

PUTRAJAYA, 4 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan daripada 19 peratus susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lepas.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina

MANILA, 4 Okt: Lima orang terkorban selepas Taufan Krathon melanda utara Filipina, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan agensi bencana negara pada Jumaat.
Sutra Band gegarkan pentas BAF 2024 dengan budaya Sarawak

LIMBANG, 4 Okt: Kumpulan muzik dari Sarawak, Sutra Band mengegarkan pentas Borneo Arts Festival (BAF) 2024 anjuran Perbadanan Labuan dengan persembahan muzik tradisional berkumpulan baru-baru ini.