Premier Sarawak dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah

KUCHING, 4 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului senarai 1,373 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Sabtu.
Kerajaan mahu syarikat teknologi tempatan kembang perniagaan di Malaysia – Gobind

CYBERJAYA, 4 Okt: Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Malaysia akan utamakan permintaan Bangladesh bagi peluang pekerjaan

DHAKA, 4 Okt: Malaysia akan memberi pertimbangan utama kepada permohonan pekerja Bangladesh yang kehilangan peluang akibat perkembangan politik di negara mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Indonesia rekod penurunan 41.68 peratus dalam kebocoran sisa plastik ke lautan

JAKARTA, 4 Okt: Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia melaporkan penurunan 41.68 peratus dalam kebocoran sampah plastik ke lautan, atau bersamaan dengan 256,614 tan penjanaan sisa, sejak 2018.
Mesir senada dengan UNSC, sokong Guterres di sebalik pengisytiharan Israel

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Mesir memuji Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana menunjukkan sokongannya kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, berikutan kempen bersasar yang dilancarkan Israel terhadapnya baru-baru ini.
10 resolusi Persatuan Alumni Felo Perdana diusulkan kepada Perdana Menteri – Zambry

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak 10 resolusi dicadangkan Persatuan Alumni Felo Perdana antaranya mengenai penubuhan Dana Inovasi Belia Negara bagi melahirkan lebih ramai usahawanan belia dalam bidang ekonomi hijau dan digital ekonomi, akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dIhalusi.
Mangsa banjir di Kedah dan Perak meningkat sedikit, Selangor menurun malam ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak meningkat sedikit malam ini manakala situasi banjir di Selangor bertambah baik apabila bilangan mangsa di negeri itu terus mencatatkan penurunan.
Putin terbuka untuk bertemu Biden, tetapi tiada perbincangan setakat ini – Kremlin

MOSCOW, 4 Okt: Presiden Vladimir Putin terbuka untuk sebarang pertemuan, termasuk dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, tetapi setakat ini belum ada perbincangan antara Moscow dan Washington mengenai perkara itu, lapor agensi berita Rusia (TASS), memetik jurucakap Presiden Rusia Dmitry Peskov pada Jumaat.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengingatkan kerajaan di seluruh dunia mengenai kepentingan melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
LTdL 2024: Beberapa jalan sekitar Bintulu ditutup

BINTULU, 4 Okt: Beberapa jalan sekitar Bandar Bintulu akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara perlumbaan berbasikal antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat tujuh dan lapan.