Malaysia catat ketibaan pelancong tertinggi ke Indonesia pada Ogos 2024

JAKARTA, 3 Okt: Malaysia mencatatkan jumlah pelancong tertinggi ke Indonesia pada Ogos 2024 dengan 188,750 pengunjung, merangkumi 14.09 peratus daripada keseluruhan ketibaan pelancong, menurut Badan Pusat Statistik (BPS).
Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan Taufan Krathon

TAIPEI, 3 Okt: Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada tengah hari Khamis, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA), memetik pihak berkuasa lapangan terbang.
KPM laksana program pendidikan untuk kanak-kanak GISBH

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) bagi memastikan tiada keciciran pembelajaran berlaku.
MCMC terima 800 aduan belia salah guna media sosial di Sarawak

KUCHING, 3 Okt: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima lebih 800 aduan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia dari Januari hingga Julai 2024 di Sarawak.
PM Pakistan, Malaysia berhasrat tingkatkan kerjasama

ISLAMABAD, 3 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif dijadual mengadakan rundingan pada Khamis bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang serta mengeratkan persahabatan yang terjalin selama 67 tahun, lapor Associated Press of Pakistan (APP).
Azalina hormati keputusan mahkamah kekalkan hukuman mati pengganas Sulu

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap pengganas yang menyerang Lahad Datu.
MAKSAK Wanita Sarawak lawat Pusat Latihan dan Kesenian Pertukangan Brunei

BRUNEI, 3 Okt: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Latihan dan Kesenian Pertukangan Brunei.
Tun Wan Junaidi tonton filem Takluk: Lahad Datu malam ini

KUCHING, 3 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan menghadiri tayangan khas filem Takluk: Lahad Datu yang disiarkan di Golden Screen Cinemas, The Spring Mall malam ini.
Asas ekonomi kukuh antara faktor sokong pertumbuhan ringgit

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Belanjawan 2025: MOSTI harap peruntukan lebih besar, perkasa R&D

SERDANG, 3 Okt: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta kerajaan untuk mempertimbangkan peruntukan yang lebih tinggi kepada kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.