Masa depan Sarawak dalam peralihan tenaga cerah

KAPIT, 29 Sept: Sarawak mempunyai masa depan cerah dalam aspek peralihan tenaga terutama dengan wujudnya empangan yang dibina di kawasan ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Perwakilan 18 ranting hadiri Mesyuarat Pergerakan Belia PBB Pantai Damai

KUCHING, 29 Sept: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Belia Cawangan yang dihadiri perwakilan dan pemerhati dari 18 ranting PBB.
Kedutaan Malaysia di Tehran sambut Hari Malaysia dengan acara kebudayaan ‘Baleh Makan’

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Kedutaan Malaysia di Tehran menyambut Hari Malaysia dengan acara kebudayaan dan kulinari yang meriah bertajuk “Baleh Makan” pada Sabtu (28 September), menyediakan platform untuk mengukuhkan hubungan budaya antara Malaysia dan Iran.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas

WASHINGTON, 29 Sept: SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor United Press International (UPI).
Setiap kelemahan pasti ada kelebihan – Atlet Terbaik Lelaki Para SUKMA

KUCHING, 29 Sept: “Setiap kelemahan pasti ada kelebihan”. Itulah kata-kata yang dipegang Atlet Lelaki Terbaik Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 Shahafiq Abdullah untuk terus cekal meneruskan minatnya dalam sukan renang meskipun berdepan kecacatan fizikal sejak lahir.
Sarawak fokus penganjuran Sukan SEA, APG setelah kejayaan SUKMA, Para SUKMA

KUCHING, 29 Sept: Sarawak menunjukkan kesediaannya untuk menganjurkan temasya sukan lebih besar selepas berjaya mengendalikan Sukan Malaysia (SUKMA) Ogos lepas dan Para SUKMA 2024 yang menutup tirai semalam.
Sebuah motosikal musnah terbakar

KUCHING, 29 Sept: Sebuah motosikal terbakar di Kampung Pinang Jawa malam tadi.
Manisnya juara di laman sendiri – Fatimah

KUCHING, 29 Sept: Kejayaan kontinjen Sarawak merampas kembali kejuaraan keseluruhan Para SUKMA merupakan momen begitu manis apatah lagi berjaya dilakar di tanah air tercinta, Bumi Kenyalang.
Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.
Pindaan Akta 317 lindungi sumber perikanan negara

PUTRAJAYA, 29 Sept: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam proses meminda Akta Perikanan 1985 (Akta 317) secara menyeluruh bagi memperkemas aktiviti akuakultur dan kawalan biosekuriti dalam memastikan sumber negara sentiasa dilindungi.