BN pertahan DUN Mahkota, menang bergaya dengan majoriti 20,648 undi

KLUANG, 28 Sept: Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan kemenangan bergaya selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh majoriti besar 20,648 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.
Simpan SSPN raih RM18.85 bilion, 6.54 juta akaun dibuka hingga 31 Ogos 2024

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Sebanyak RM18.85 bilion jumlah deposit daripada produk simpanan Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.54 juta sehingga 31 Ogos 2024.
Lubnan hadapi serangan udara besar-besaran Israel – Sumber tentera

BEIRUT, 28 Sept: Pesawat perang Israel melancarkan siri serangan udara ke atas lokasi Hizbullah serta bandar-bandar dan perkampungan di selatan dan timur Lubnan pada awal pagi Sabtu, kata sumber tentera negara ini.
Belum ada maklum balas Hizbullah, tentang dakwaan pembunuhan Hassan Nasrallah

ANKARA, 28 Sept: Belum ada lagi maklum balas diberikan oleh Hizbullah berikutan dakwaan tentera Israel pada Sabtu bahawa pemimpin utama mereka Hassan Nasrallah dan beberapa orang pemimpin lain maut dalam serangan udara Israel baru-baru ini di kawasan pinggir bandar selatan Beirut, lapor Agensi Anadolu.
PETRA jangka kehadiran pengunjung ke PMR 2024 Sarawakku Sayang lepasi sasaran

MIRI, 28 Sept: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjangkakan kehadiran pengunjung ke Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang di Dataran Pekarangan Boulevard Mall di sini mampu melepasi sasaran 100,000 orang yang ditetapkan sebelum ini.
Jabatan Muzium rekod lebih 1.3 juta pengunjung dalam tempoh lapan bulan

KUANTAN, 28 Sept: Jabatan Muzium Malaysia merekodkan lebih 1.3 juta pengunjung dalam tempoh lapan bulan tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Pemikiran sempit punca tercetusnya isu perkauman dan agama

MIRI, 28 Sept: Pemikiran sempit dan kurang senang dengan kemajuan yang dikecapi negara ketika ini menjadi punca segelintir pihak menjadikan kaum serta agama sebagai alat memecah belahkan perpaduan.
Remaja dihanyut arus deras ditemukan lemas, ibu masih hilang

KUALA NERANG, 28 Sept: Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dilaporkan hanyut dibawa arus deras bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan di sini pagi tadi, ditemukan lemas petang ini.
Para SUKMA: Sarawak rampas semula gelaran juara meskipun kurang satu sasaran emas

KUCHING, 28 Sept: Kontinjen Sarawak sudah menang bergaya meskipun kurang satu emas untuk menepati sasaran 83 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah.
民都鲁中央扶轮社牵线 加帛医院获赠医疗设备

民都鲁中央扶轮社执行多年的“希望传递~拥抱更多生命”6.0,这一次的慈善捐赠医疗设备计划延伸到加帛医院。