Dua penjenayah warga Vietnam mati ditembak polis

NIBONG TEBAL, 27 Sept: Polis menembak mati dua penjenayah warga Vietnam yang dipercayai terlibat dalam 11 kes pecah masuk kilang dan gudang di dua negeri dalam kejadian di Lorong Perindustrian 4, Bukit Panchor di sini awal pagi tadi.

Pertumbuhan pengeluaran LNG Malaysia dijangka kukuh dalam jangka pendek & sederhana

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pertumbuhan gas asli cecar (LNG) Malaysia dijangka mengukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana apabila bekalan gas daripada projek baharu yang dibangunkan tersedia, kata BMI, unit Fitch Solutions.

Lebih 83,000 murid terima manfaat fasa pertama Program Anak Kita – Fadhlina

BATANG KALI, 27 Sept: Seramai 83,752 murid melibatkan 3,458 sekolah seluruh negara akan menerima manfaat daripada pelaksanaan fasa satu Program Anak Kita yang bertujuan mengatasi isu keciciran pembelajaran di negara ini.

AS laksana dua hukuman mati guna gas nitrogen

WASHINGTON, 27 Sept: Seorang lelaki menjalani hukuman bunuh dengan suntikan maut semalam di Oklahoma.Ini merupakan kali kedua kaedah hukuman mati menggunakan gas nitrogen dilaksanakan di Amerika Syarikat.

Gayong angkat kisah pengasas silat seni gayung

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Tidak ramai yang mengenali siapakah gerangan pemilik nama Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Md Hashim kecuali mereka yang mendalami dunia seni mempertahankan diri khususnya persilatan.

Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), berjaya memperoleh konsesi cari gali minyak dan gas baharu di Onshore Block 2 daripada pihak Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Abu Dhabi (SCFEA).