Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024

KUCHING, 27 Sept: Kontinjen Sarawak merampas kembali status juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) daripada Sabah, dengan berbaki satu hari sebelum edisi kali ini menutup tirai secara rasminya, malam esok.
TikTok Shop catat pertumbuhan 2.2 kali pada separuh pertama 2024

KUALA LUMPUR, 27 Sept: TikTok Shop menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 2.2 kali ganda, peningkatan penjual 1.8 kali ganda serta lonjakan 1.8 kali ganda pencipta ahli gabungan, tahun ke tahun bagi separuh pertama 2024.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim – Johari

PUTRAJAYA, 27 Sept: Malaysia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan antarabangsa bagi memastikan hasil manfaat bersama dalam menangani perubahan iklim dan penyahhutanan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
RNI ajak masyarakat lain hargai warisan, budaya bangsa Iban

MIRI, 27 Sept: Persatuan Raban Ngepan Iban (RNI) menekankan kepentingan memelihara adat asal Iban dalam kalangan masyarakat agar warisan itu tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Lawatan PM ke Pakistan akan perkukuh hubungan dua perdagangan, diplomatik

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan akan membawa banyak manfaat dalam menjana momentum untuk meningkatkan lagi hubungan politik dan diplomatik antara kedua-dua negara.
Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI

BEIJING, 27 Sept: Organisasi media di Malaysia disaran membangunkan teknologi baharu bagi menambah baik kualiti kandungan, dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan ketika ini.
Cadangan Pelabuhan Bersepadu Labuan belum diputuskan – Hasbi

LABUAN, 27 Sept: Kementerian Pengangkutan (MOT) belum mencapai sebarang keputusan berhubung cadangan pembinaan Pelabuhan Bersepadu Labuan bagi menggantikan Labuan Liberty Wharf yang telah berusia lebih 50 tahun.
Teknologi dron cipta peluang kerja, tingkatkan kebolehpasaran belia

MIRI, 27 Sept: Teknologi dron terus membuka lembaran baharu dalam sektor pekerjaan, dengan mencipta peluang kerja bernilai tinggi tanpa menjejaskan tenaga kerja tempatan.
Neoteric Engineering juarai SSSIC 2024, wakil Malaysia ke Switzerland

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pasukan Neoteric Engineering dinobatkan sebagai juara utama SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge (“SSSIC”) 2024 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.
Malaysia tidak ketandusan atlet para olahraga

KUCHING, 27 Sept: Lima hari acara olahraga berlangsung pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 menyaksikan setiap negeri saling menampilkan persembahan cemerlang dengan 31 rekod temasya berjaya dicipta.