DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Pelaburan AI, inflasi reda dijangka bantu pertumbuhan ekonomi Asia tahun ini

MANILA, 25 Sept: Pelaburan global yang melonjak dalam kecerdasan buatan serta inflasi yang semakin mereda diramal akan memberikan pertumbuhan ekonomi yang mampan kepada Asia pada tahun ini dan 2025, kata Bank Pembangunan Asia pada hari Rabu.
Ringgit meningkat kepada RM4.14 berbanding dolar, kali pertama sejak Nov 2021

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.
Lelaki rentung dalam kebakaran di Sitiawan

IPOH, 25 Sept: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Muhibbah 2 dekat Sitiawan, awal pagi ini.
Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 5,454 orang pagi ini

ALOR SETAR, 25 Sept: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menunjukkan penurunan kepada 5,454 orang daripada 1,745 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,592 orang daripada 1,788 keluarga, malam tadi.
Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.
Lori treler muatan berat terjatuh ke dalam sungai di Pengkalan Feri Sawai

DARO, 25 Sept: Kejadian lori treler terjatuh ke dalam sungai di Pangkalan Feri Sawai semalam dikenal pasti berpunca daripada muatan yang terlalu berat.
708 terbunuh di Bangladesh semasa protes terhadap bekas Perdana Menteri

DHAKA, 25 Sept: Sekurang-kurangnya 708 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh semasa demonstrasi menentang pemerintahan bekas perdana menteri Sheikh Hasina, kata kerajaan peralihan Bangladesh pada Selasa.
Menteri Pertahanan ucap takziah kepada keluarga Petrus

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman,29, yang maut akibat terkena tembakan rambang ketika menjalani Eksesais Pasak Bumi di kawasan am Kanowit–Nanga Dap–Song, Sibu, Sarawak semalam.
Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB bermula di New York dengan penyertaan Presiden Palestin

NEW YORK, 25 Sept: Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula di Ibu Pejabat PBB di New York pada Selasa, dengan penyertaan Presiden Negara Palestin Mahmoud Abbas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).