Helikopter membawa petugas KKM laku pendaratan cemas

KOTA KINABALU, 25 Sept: Sebuah helikopter yang membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas pesawat pengangkutan berkenaan menghadapi masalah enjin, hari ini.

Keluarga pembakar semangat Gloria raih emas sukan ping pong

KUCHING, 25 Sept: Mula bermain ping pong ketika berusia 10 tahun, Gloria Gracia Wong Sze yang mengalami kecacatan fizikal kudung tangan kiri, tidak menghalangnya menuai pingat emas dalam acara ping pong perseorangan berdiri wanita (9-10) Para SUKMA ke-21 selepas menewaskan atlet para dari Terengganu, Nurul Nasuha 11-3, 11-4 dan 11-1.

Al-Azhar Al-Sharif kecam pencerobohan Israel ke atas Lubnan

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Zionis Israel ke atas beberapa kawasan di selatan dan timur Lubnan yang mengorbankan ratusan penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Petani muda diseru teroka pertanian pintar yang lebih menguntungkan

KOTA SAMARAHAN, 25 Sept: Golongan muda di Sarawak disaran menceburkan diri dalam bidang pertanian pintar dalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan Sarawak untuk menjadi negeri pengeksport makanan menjelang tahun 2030.