Penagih yang disyaki pengedar dadah di Ulu Sebauh diberkas polis

BINTULU, 24 Sept: Polis memberkas seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Jalan Masjid di sini, semalam.
Pemandu cedera, lori bawa muatan batu kemalangan kendiri

SELANGAU, 24 Sept: Seorang lelaki cedera di bahagian bahu selepas lori dipandu kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo Selangau- Mukah di sini, pagi tadi.
Sokongan padu bapa dibalas dengan pingat emas

KUCHING, 24 Sept: Demi menyaksikan kejayaan anaknya, Jabai Nanta, 57, sanggup menempuh perjalanan selama tujuh jam menaiki bas dari kampungnya di Sungai Aboi, Julau, ke Kuching.
Mogok kesatuan masuk minggu kedua, Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus

WASHINGTON, 24 Sept: Boeing pada Isnin mengumumkan rancangan untuk menyelesaikan mogok yang sedang berlangsung oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu merangkumi kenaikan gaji 30 peratus dan pemulihan pembayaran bonus tahunan, yang pada awalnya dirancang untuk dihapuskan.
Ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh pada suku keempat 2024

KUCHING, 24 Sept: Ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh pada suku keempat 2024 dengan indeks pelopor mencatatkan 5.2 peratus pada Julai 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Affin Bank stock jumps as Sarawak finalises majority stake

KUALA LUMPUR, Sept 24: Affin Bank Bhd’s shares surged this morning, rising by two per cent ahead of the Sarawak government’s expected finalisation of a majority stake acquisition in the bank this Friday.
Negara – negara di Mediterranean EU seru wujudkan hab tenaga hijau

NICOSIA, 24 Sept: Para menteri dan pegawai tenaga dari sembilan negara selatan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin menegaskan komitmen mereka untuk menubuhkan hab tenaga bersih di Mediterranean dan mengurangkan risiko perubahan iklim, lapor Xinhua.
Boling padang Pahang tak sangka raih emas kategori beregu

KUCHING, 24 Sept: Pasukan boling padang kontinjen Pahang ke Para SUKMA Sarawak 2024 tidak menyangka membutirkan satu pingat emas bagi kategori beregu terbuka B1.
202 isi rumah mangsa banjir di Pulau Pinang terima bantuan RM1,500

TASEK GELUGOR, 24 Sept: Sebanyak 202 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kejadian banjir di negeri ini minggu lalu akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan.
Panglima 9 Briged ziarah keluarga mendiang Koperal Petrus

KUCHING, 24 Sept: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun menziarahi keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman di Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT), Kem Oya, di Sibu malam tadi.