Sarawak tuai dua pingat emas boling padang

KUCHING, 24 Sept: Sarawak berjaya menuai dua pingat emas boling padang menerusi acara perseorangan wanita kategori B3 dan beregu terbuka (B6) pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Jap Soon Hung perbaharui rekod acara lontar peluru F54

KUCHING, 24 Sept: Atlet para lontar peluru Sarawak, Jap Soon Hung, 39, menepati ramalan sebagai juara bertahan dalam acara itu bagi kategori F54 pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) dengan mengekalkan pingat emas yang dimenangi sebelum ini, pagi tadi.