Renang: Remaja 14 tahun pecah rekod Para SUKMA

KUCHING, 23 Sept: Inisiatif keluarga Asyiil Raziin Razman menghantarnya ke kelas renang seawal usia sembilan tahun di Setiawangsa, Kuala Lumpur nyata berbaloi apabila beliau berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun, hari ini.