Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 6 petang ini.
Banjir: Lebih 5,800 hektar tanaman padi terjejas, nilai kerugian RM32 juta

PUTRAJAYA, 21 Sept: Seluas 5,822.59 hektar tanaman padi telah terjejas akibat banjir, dengan anggaran kerugian hasil padi mencecah RM32 juta di negeri-negeri utara.
Video pendek sampaikan mesej pendidikan di luar bandar

MIRI, 21 Sept: Pertandingan reka cipta video menjadi platform menggalakkan inovasi dan memperkukuhkan pendidikan, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Sokongan ibu bapa, cerahkan masa depan anak dalam sukan

KUCHING, 21 Sep: Penglibatan lebih banyak agensi atau syarikat dalam menganjurkan program mencungkil bakat penting untuk mengetengahkan kelebihan dimiliki anak muda termasuk dalam sukan bola sepak.
Pemandu treler maut kemalangan dengan kereta di Miri

MIRI, 21 Sept: Pemandu treler maut selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Pesisir Pantai di sini, Khamis lalu.
Peluang ibu bapa lihat bakat anak

KUCHING, 21 Sept: Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petronas 2024 menghadirkan perasaan teruja dalam kalangan ibu bapa kepada pemain muda yang memberi sokongan padu.
Pemain KCFC teruja lihat aksi pemain cilik

KUCHING, 21 Sep: Pertahanan kiri Kuching City FC (KCFC), Filemon Anyi menganggap Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petronas 2024 sebagai medan terbaik mencari pemain pelapis dalam sukan bola sepak.
Masyarakat perlu jaga kesihatan diri

SERIAN, 21 Sept: Masyarakat perlu memainkan peranan mereka sendiri dalam menjaga kesihatan agar terhindar dari sebarang penyakit dan masalah kesihatan khususnya berkaitan kencing manis, kolesterol tinggi dan obesiti.
Beri peluang atlet muda menyinar dalam sukan taekwondo

MIRI, 21 Sept: Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berharap lebih banyak peluang diberikan kepada atlet muda untuk menyinar dalam sukan taekwondo.
Rujuk JKM bagi isu kanak-kanak hamil bawah umur, jenayah – Nancy

LIMBANG, 21 Sept: Masyarakat terutama ahli keluarga yang berdepan kes kanak-kanak hamil bawah umur atau terlibat dengan jenayah diingatkan agar merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan dan penjagaan yang wajar seperti ‘berteduh’ di rumah perlindungan.