Dua warga Sierra Leone, seorang warga Liberia didakwa rompak US$30,000

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Tiga lelaki masing-masing dari Sierra Leone dan Liberia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak wang tunai berjumlah US$30,000 milik seorang peniaga lelaki warga Jepun, bulan lepas.