TPM Fadillah adakan pertemuan dengan dua menteri Indonesia

JAKARTA, 6 Sept: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan di luar Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia 2024 (ISF 2024) di sini.

Pemain selesa dengan taktikal Vicente – Safawi Rasid

PETALING JAYA, 6 Sept: Taktikal permainan diterap ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya Pau Marti Vicente berjaya dihadam sebaiknya barisan pemain negara bagi mengharungi aksi final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Ahad ini.

Tun Wan Junaidi, 700 jemaah hadir majlis kesyukuran

KOTA SAMARAHAN, 6 Sept: Kira-kira 700 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin di sini pada Jumaat.

Bonnie gegar Paris

PARIS, 6 Sept: Badang negara Bonnie Bunyau Gustin ternyata dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas dan memecahkan rekod dunia acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.

228 warga asing menukar majikan ditahan

KULIM, 6 Sept: Jabatan Imigresen Malaysia memberkas 228 pekerja warga asing menerusi operasi bersepadu di sini melibatkan premis yang menggunakan agensi pekerjaan yang menawarkan perkhidmatan menukar majikan secara tidak sah kelmarin.

Paris 2024: Imaan Aiman terkandas di peringkat saringan

PARIS, 6 Sept: Cabaran sulung perenang para negara, Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan berakhir dengan kehampaan selepas tersingkir di peringkat saringan 100 meter (m) kuak lentang lelaki S14 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.