MAQIS halang 10 kontena kayu berkulat masuk negara

BUTTERWORTH, 27 Ogos: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menghalang dagangan kayu seberat kira-kira 251 tan di dalam 10 buah kontena daripada cuba memasuki negara ini menerusi Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth di sini hari ini.