Pengasas Telegram ditahan di Perancis

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.
Dua lelaki maut kereta rempuh belakang lori

KUANTAN, 25 Ogos: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang-Kuantan di sini semalam.
Nidzam akui Selangor tempang lepas Alexander Agyarkwa keluar padang

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil mengakui tempo permainan anak buahnya terganggu selepas tonggak tengah Alexander Agyarkwa dikeluarkan, pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Tujuh maut, puluhan rumah hanyut

JAKARTA, 25 Ogos: Banjir kilat yang melanda Kampung Rua, Ternate, Maluku Utara pada jam 3.30 pagi tadi disebabkan hujan melanda wilayah itu sejak semalam.
Juara SUKMA 2024 bukti Sarawak komited pembangunan atlet akar umbi

KUCHING, 25 Ogos: Kejayaan muncul juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 membuktikan komitmen Sarawak dalam pembangunan sukan melalui pelaburan program latihan, penyediaan kemudahan bertaraf tinggi dan sokongan berterusan dalam melahirkan bakat baharu.
Pupuk semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum

KUCHING, 25 Ogos: Bersempena Hari Kebangsaan, jawatankuasa Masjid Darul Qarar mengambil inisiatif dengan mengagihkan bendera Jalur Gembilang bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan menyuntik semangat patriotisme.
Program penjagaan sungai atasi pencemaran di Lembangan Sungai Ulu Kinta

IPOH, 25 Ogos: Setiap tahun, beribu-ribu tan sedimen dan tanah yang terhakis daripada cerun jalan raya dihanyutkan sejauh 15 kilometer ke Empangan Sultan Azlan Shah di hilir Lembangan Sungai Ulu Kinta yang menyediakan bekalan air utama untuk bandar raya Ipoh.
Kemahiran individu, benteng pertahanan kunci kejayaan JDT – Bidoglio

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul hatrik Piala FA 2024 Menyerlahkan kejayaan luar biasa pasukan itu dalam membangunkan kemahiran individu pemain dan falsafah mempertaruhkan segalanya dalam benteng pertahanan, kata ketua jurulatih Hector Bidoglio.
Insiden tanah jerlus: Operasi hari kedua belum temukan petunjuk baharu

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk dengar hasil rundingan gencatan senjata Gaza

GAZA, 25 Ogos: Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa satu delegasi kumpulan itu akan tiba di Mesir pada waktu malam untuk “mendengar” hasil rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah, lapor Xinhua.