SUKMA 2024 di Bumi Kenyalang labuh tirai malam ini

KUCHING, 24 Ogos: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan melabuhkan tirainya setelah 14 hari menyaksikan atlet muda bersaing dengan semangat juang yang tinggi untuk memburu kejayaan gemilang.
Sarawak dikenal pasti sebagai tapak pelancaran satelit baharu di Malaysia

KUCHING, 24 Ogos: Sarawak telah dikenal pasti sebagai tapak pelancaran satelit baharu di Malaysia kerana lokasinya yang berdekatan dengan garisan ekuator, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Malaysia tingkatkan integrasi pasaran dua hala, pelbagai hala menerusi kepengerusian ASEAN – Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Malaysia sedang mempertimbangkan pelbagai cara termasuk diplomasi perdagangan dan pengaturan strategik untuk meningkatkan persepaduan pasaran dua hala dan pelbagai hala dengan kalangan negara jiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh ditemukan dalam parit

SEREMBAN, 24 Ogos: Mayat seorang lelaki disyaki dibunuh ditemukan di dalam parit di Pekan Lama Nilai dekat sini pada Jumaat.
Filipina bergelut dengan lonjakan kes leptospirosis, denggi – Presiden Marcos

MANILA, 24 Ogos: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr pada Jumaat berkata negaranya sedang mengalami lonjakan kes leptospirosis dan denggi akibat “pembuangan sampah yang tidak betul dan pengurusan sisa yang lemah,” lapor Xinhua.
Abang Johari bangga prestasi atlet Sarawak, lepasi sasaran 70 pingat emas SUKMA

KUCHING, 24 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berbangga dengan prestasi kontinjen Sarawak yang berjaya melepasi sasaran 70 pingat emas pada sehari sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 melabuhkan tirai.
Selangor sapu bersih semua pingat emas bola keranjang

KUCHING, 24 Ogos: Pasukan bola keranjang 3 on 3 Selangor bagi kategori lelaki dan wanita berjaya menghadiahkan dua lagi pingat emas pada hari terakhir acara berkenaan.
Beregu wanita ping pong W.Persekutuan tuai emas lagi

KUHCING, 23 Ogos: Beregu wanita ping pong Wilayah Persekutuan sekali lagi menuai emas selepas menewaskan Pualau Pinang 3-2 pada Jumaat.
Siti Aqilah lebur dua rekod kebangsaan angkat berat, emas tebus kecewa SUKMA lepas

BETONG, 23 Ogos: Atlet angkat berat, Terengganu sekali lagi meleburkan rekod kebangsaan menerusi aksi Siti Aqilah Farhana Draman dalam acara wanita melebihi 76kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.