Hari Kebangsaan 2024: Larangan penggunaan dron pada 26 hingga 31 Ogos di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini, adalah dilarang.

Jangan berhenti setakat SUKMA 2024, nasihat Kilat Boy kepada atlet tinju

SRI AMAN, 20 Ogos: Petinju sensasi Sarawak yang berjaya mengharumkan nama negara pada kejohanan World Boxing Council (WBC) Asia Silver Super Bantamweight tahun ini, Daeloniel “Kilat Boy” McDeleon Bong menasihatkan para atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 agar tidak terhenti di peringkat kebangsaan sahaja.

Angka kematian hujan monsun dan banjir di Pakistan lebih 200 orang

ISLAMABAD, 20 Ogos: Lebih 200 orang maut berikutan hujan lebat dan banjir di Pakistan sejak permulaan musim monsun dari Julai, kata pegawai pada Isnin, ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengalirkan keluar air dari bandar-bandar yang dinaiki air , lapor agensi berita Jerman (dpa).