Sepak takraw: Pasukan wanita Sabah raih emas, tumbangkan tuan rumah

BINTULU, 16 Ogos: Pasukan sepak takraw wanita Sabah berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada kem itu selepas mengalahkan Sarawak 3-0, dalam perlawanan akhir di Stadium Muhibbah, Bintulu malam ini.
SUKMA: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat

KUCHING, 16 Ogos: Tuan rumah mengungguli carta kutipan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan mengumpul keseluruhan lapan emas setakat 10 malam ini.
SUKMA: Hazirah, Lavinia ungguli acara tenpin boling beregu wanita

KUCHING, 16 Ogos: Pasangan Nur Hazirah Ramli dan Lavinia Jia Jie menepati ramalan apabila berjaya menyumbang pingat emas kepada Sarawak menerusi acara tenpin boling wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Megalanes Batu Kawa, di sini, malam ini.
Tinju: ‘Perfect 5’ bawa Perak, Sabah mara ke suku akhir

SRI AMAN, 16 Ogos: Tumbukan padu daripada Muhammad Iskandar Amir Noor Irwan dari Perak yang cukup agresif pada hari pertama acara sukan tinju bagi SUKMA Sarawak 2024 di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman malam ini membuah tuah kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
SUKMA: Skuad futsal Sarawak pamer taring benam Johor

KUCHING, 16 Ogos: Skuad futsal tuan rumah mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Johor dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan hari ini.
Tinju: Bertarung untuk kibar jalur gemilang di gelanggang dunia

SRI AMAN, 16 Ogos: Atlet yang bertanding bagi acara sukan tinju pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini diseru mempertingkatkan kemahiran dengan ‘skill’ baharu berikutan acara sukan itu merupakan platform tepat bagi melahirkan pelapis petinju negara.
Karate: Kedah pertaruh pelapis atlet kebangsaan

MIRI, 16 Ogos: Kedah mempertaruhkan pelapis atlet kebangsaan dalam acara Karate untuk sasaran pingat emas pada edisi SUKMA kali ini.
Wushu: Sabah dominasi Sanda dengan tiga emas

KUCHING, Ogos 16: Kontinjen Sabah mendominasi acara Wushu bagi kategori Sanda dengan pungutan tiga pingat emas di Dewan Wushu SSC hari ini.
Wushu: Melaka juara keseluruhan dengan tujuh emas

Kuching, Ogos 16: Kontinjen Melaka yang memenangi tujuh pingat emas, empat perak dan lima gangsa telah meletakan negeri itu sebagai pemenang tempat pertama dalam acara sukanWushu Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.
SUKMA 2024: Siaran sukan dinamik TVS dan RTM dikuasai teknologi 5G-A

KUCHING, 16 Ogos: Peminat sukan seluruh negara akan dapat menikmati pengalaman siaran sukan yang dinamik sepanjang Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 menerusi teknologi terkini 5G-Advanced (5G-A) yang dikendalikan oleh gergasi telekomunikasi CelcomDigi, U Mobile dan rakan strategik teknologi, ZTE.