Tindakan telah diambil terhadap persatuan kibar Jalur Gemilang terbalik – Fahmi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tindakan telah diambil terhadap Persatuan Kwong Sai Kuala Kangsar, Perak kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik baru-baru ini.
SUKMA 2024: Nurul Syasya Khairina mahu ulangi pencapaian emas angkat berat di Sarawak

JASIN, 13 Ogos: Atlet pelapis negara Nurul Syasya Khairina Syamsur,15, bertekad untuk mempertahankan pingat emas acara angkat berat wanita pada temasya Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) Sarawak yang membuka tirai Sabtu ini.
Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas

PUTRAJAYA, 13 Ogos: Kementerian Luar mengesahkan bahawa menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam.
10 individu ditahan disyaki terlibat penipuan pelaburan Warburg Pincus, rugi RM21.9 juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Polis menahan 10 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penipuan pelaburan ‘Warburg Pincus’ yang mengakibatkan kerugian RM21.9 juta, susulan beberapa serbuan di tujuh negeri pada 30 dan 31 Julai.
Awang Tengah ketuai lawatan delegasi Kerajaan Sarawak ke CSIRO, Canberra

KUCHING, 13 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak mengadakan lawatan ke Organisasi Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) di Canberra, Australia.
Nenek maut ditikam anak saudara dengan gunting

KEPALA BATAS, 13 Ogos: Seorang wanita warga emas maut selepas ditikam dengan gunting di bahagian kepala oleh anak saudaranya di sebuah rumah di Gelung Bubu, Pekan Darat di sini, hari ini.
Polis kenal pasti identiti lelaki sengaja jatuhkan basikal di depan kenderaan lain

ALOR SETAR, 13 Ogos: Polis telah mengenal pasti identiti seorang lelaki disyaki sengaja menjatuhkan basikal dinaikinya di hadapan kenderaan lain sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Taman Rakyat di sini pada Jumaat lepas yang tular di media sosial.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan ‘sakit’.
Program Citra Nusa @ Indonesia: Kita Serumpun tingkat pengetahuan, kesefahaman dan penghayatan khazanah warisan dua negara

KUCHING, 10 Ogos: Program Citra Nusa @ Indonesia: Kita Serumpun di bawah inisiatif Jabatan Muzium Negara Malaysia (JMM) diharap mampu meningkatkan pengetahuan, kesefahaman dan penghayatan khazanah warisan negara dalam kalangan masyarakat kedua negara.
Bekas pemain Liga Bosnia teruja impian beraksi pada SUKMA tercapai di Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Bekas pemain bola sepak kelab Nk Zvijeda Gradacac, Bosnia, Muhammad Rafieq Al Amzar Zulkifeli teruja apabila impiannya untuk beraksi pada pentas Sukan Malaysia (SUKMA) tercapai di Sarawak.