MyInvois: Kerajaan pastikan keselamatan data pengguna terjamin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memastikan data dalam sistem e-invois yang mula dilaksanakan hari ini sentiasa terjamin keselamatannya.
Dewan Negara: Kerajaan pusat ikut langkah Sarawak, bakal perkenal teknologi hidrogen di Semenanjung Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kerajaan terus mempertingkatkan usaha untuk memperkenalkan teknologi hidrogen di Malaysia, kata Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Hujan lebat jejas 1.2 juta orang di Hunan China, usaha menyelamat sedang dijalankan

CHANGSHA, 1 Ogos: Setakat 7 pagi Khamis, hujan lebat menjejaskan lebih 1.2 juta penduduk di Wilayah Hunan, tengah China. Pelbagai sumber telah digerakkan untuk usaha menyelamat dan bantuan.
Terap ESG, giatkan aktiviti usahawan bagi perkasa PMKS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bakal menerapkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi perniagaan serta menggiatkan aktiviti keusahawanan di Sabah dan Sarawak.
Enam daripada 10 rakyat Malaysia memahami AI dengan baik – Kajian Ipsos Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kajian terbaharu oleh Ipsos Malaysia menunjukkan enam daripada sepuluh rakyat Malaysia berpendapat mereka memahami kecerdasan buatan (AI) dengan baik dan menjangkakan teknologi itu akan membawa perubahan ketara dalam kehidupan mereka.
Samun: Tukang kayu cedera dilibas parang

IPOH, 1 Ogos: Seorang tukang kayu menerima sembilan jahitan di tangan kanan akibat dilibas parang ketika disamun dua lelaki dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Loke Yew di Tanjung Malim, dekat sini, awal pagi tadi.
Paris 2024: Pearly-Thinaah cipta sejarah ke separuh akhir Olimpik

PARIS, 1 Ogos: Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah selaku beregu wanita pertama negara untuk mara ke separuh akhir di pentas Sukan Olimpik selepas menyingkirkan pemenang pingat gangsa edisi lepas Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan.
Dewan Negara: RM150 juta diluluskan naik taraf 403 klinik daif seluruh negara – Lukanisman

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk menaik taraf sebanyak 403 fasiliti klinik daif di seluruh negara.
Program Dwibahasa memperkukuh tahap penguasaan bahasa pelajar

KUCHING, 1 Ogos: Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak merupakan satu langkah progresif dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia selain meningkatkan serta mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, khasnya di peringkat sekolah rendah.
Dewan Negara: Malaysia bimbang pembunuhan Haneyah cetus konflik lebih besar

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Malaysia bimbang pembunuhan tokoh pejuang Palestin, Ismail Haneyah akan menyebabkan pelbagai implikasi yang sangat besar terhadap keamanan dan kestabilan keselamatan global.