TPM, Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Barisan Jemaah Menteri dalam hantaran menerusi media sosial masing-masing hari ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pengorbanan besar mereka menjaga kesejahteraan negara.

Dewan Negara: KKDW jamin JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi jaminan fungsi Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) yang dibentuk tidak akan bertindih dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept

JOHOR BAHRU, 31 Julai: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 2 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengakibatkan dua polis maut dan seorang lagi cedera, atas pertuduhan berkaitan keganasan.