Dua syarikat China ingin berkolaboratif dengan Sarawak, sertai sektor tenaga boleh baharu

KUCHING, 24 Julai: Dua syarikat tenaga yang berpangkalan di China iaitu Shanghai Electric Power T&D Group dan China Three Gorges International Limited (CTGI) berminat untuk berkolaboratif dengan Kerajaan Sarawak membangunkan industri tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.
Terima kasih Chong, jalankan tanggungjawab sebagai MP – Dr. Sim

KUCHING, 24 Julai: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian secara sinis berterima kasih kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen kerana memperjuangkan penyaluran peruntukan RM100 juta untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah serta klinik daif di Sarawak.
Penyertaan Malaysia ke AMM di Laos penting sebagai persediaan pengerusi ASEAN 2025

VIENTIANE, 24 Julai: Penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang sedang berlangsung di Laos adalah penting sebagai persediaan Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kata Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.
Inflasi Malaysia kekal 2 peratus pada Jun 2024 – Perangkaan

KUCHING, 24 Julai: Inflasi Malaysia kekal dua peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
Dewan Negara: RM600 juta untuk baiki jajaran ‘redline’ ke Pan Borneo Sarawak

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Sejumlah RM600 juta diperuntukkan untuk membaiki jajaran ‘redline’ (jalan lama) yang akan dihubungkan dengan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Belon berisi sampah jatuh di kawasan Pejabat Presiden Korea Selatan

SEOUL, 24 Julai: Sebuah belon yang membawa sampah sarap dari Korea Utara jatuh di kawasan pejabat presiden Korea Selatan pada Rabu namun tiada bahan berbahaya ditemui, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS).
Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam akibat tali pengikat putus

BUTTERWORTH, 24 Julai: Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth di sini dilaporkan tenggelam awal pagi ini.
Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP) sebelum Jumaat ini.
Dewan Negara: Sarawak catat 1.13 juta penerima bantuan MySalam

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Selangor mencatatkan bilangan penerima skim Bantuan Perlindungan Kesihatan Masyarakat (MySalam) yang tertinggi iaitu mencecah 1.48 juta orang.
Dua kenderaan UNICEF ditembak di Gaza
