Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah

MELAKA, 17 Julai : Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang masing-masing direman lima dan enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan berhubung pemberian wang suapan kepada pegawai bank di sebuah institusi kewangan di Melaka berjumlah kira-kira RM12,072.

TYT Sarawak, isteri hadiri Majlis Santapan Ulang Tahun Keputeraan Ke-78 Sultan Brunei

BRUNEI DARUSSALAM, 17 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semalam menghadiri Majlis Santapan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, di sini.

MH17: Ibu rindu Nur Shazana, trauma bunyi pesawat

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Rasa rindu dan sedih sentiasa menyelubungi ahli keluarga tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, yang ditembak jatuh ketika terbang di kawasan konflik di timur Ukraine meskipun insiden menggemparkan dunia itu, sudah 10 tahun berlalu.

Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati

PANGKALAN UDARA GILZE-RIJEN (Belanda), 17 Julai: Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut nyawa 298 orang di dalamnya sedekad lepas.