Dewan Rakyat: Sarawak jadi lokasi mesyuarat pemimpin antarabangsa sempena ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Sarawak akan menjadi salah satu lokasi pertemuan pemimpin antarabangsa susulan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Biden komited tamatkan penggal kedua sekiranya menang – Rumah Putih

WASHINGTON, 10 Julai: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden komited menamatkan penggal kedua jika dipilih semula pada pilihan raya presiden akan datang, menurut Rumah Putih pada Selasa.
Seorang daripada dua mangsa keropok beracun meninggal dunia hari ini

KULIM, 10 Julai: Seorang daripada dua beradik lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Ahad lepas meninggal dunia pagi ini.
IPD Bintulu keluarkan 41 saman dalam Operasi Motosikal

BINTULU, 10 Julai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu mengeluarkan sebanyak 41 saman dalam satu Operasi Motosikal yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Abang Galau dan Jalan Paragon di sini, pada malam Ahad lalu.
Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Malaysia bakal melakar detik bersejarah dalam sistem Raja Berperlembagaan menerusi istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau

SEREMBAN, 10 Julai: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki yang mendakwa ditumbuk oleh Orang Besar Undang Luak Rembau ketika menghadiri sebuah majlis berkaitan Adat, dekat sini, Khamis lalu.
UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan supaya mengakui kepentingan cadangan pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, yang dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Pesawat United Airlines selamat mendarat di Denver selepas roda tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES, 10 Julai: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI).
Tiga hospital baharu dengan kapasiti lebih 1,000 katil dibangun di Kuching – Abang Johari

KUCHING, 10 Julai: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk membangunkan tiga buah hospital baharu di Bandaraya ini dengan kapasiti lebih 1,000 katil untuk pesakit.