Biden kata ‘tidak akan ke mana-mana’ walau ada kebimbangan mengenai pencalonannya

WASHINGTON, 8 Julai: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Isnin menegaskan hasratnya untuk bertanding semula dalam pilihan raya, dengan mengatakan beliau adalah satu-satunya calon yang boleh diharapkan oleh Parti Demokrat untuk mengalahkan pencabarnya dan bekas Presiden Republikan Donald Trump, lapor Sputnik.