PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bersetuju menerima tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk bergelar tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang bakal diperkenalkan buat julung kali.

Presiden Jokowi ziarah Prabowo di hospital

JAKARTA, 1 Julai: Presiden Indonesia Joko Widodo melawat Presiden Terpilih Prabowo Subianto yang juga Menteri Pertahanan sekarang, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pusat Pertahanan Negara di Jakarta Selatan pada Ahad malam.

NSFC sahkan pemain import diragut

SEREMBAN, 1 Jul: Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) pada Ahad mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.

Siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah

NIBONG TEBAL, 1 Julai: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian seorang pelajar sekolah di Kajang, Selangor yang dilaporkan parah selepas dipercayai jatuh dari tingkat lima bangunan pada Jumaat sebelum disahkan meninggal dunia pada Sabtu.